Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bekas pengurus Falcon Bank dihukum penjara, denda dek skandal 1MDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bekas pengurus Falcon Bank dihukum penjara, denda dek skandal 1MDB

Jan 12, 2017 | 08:18 AM



BEKAS pengurus cawangan Falcon Private Bank di Singapura menjadi warga asing pertama dipenjara di sini berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Jens Sturzenegger, warga Switzerland berusia 42 tahun, dihukum penjara 28 minggu dan denda $128,000 pada Rabu (11 Jan), selepas mengaku bersalah terhadap enam daripada 16 tuduhan, termasuk membolehkan bank itu tidak mematuhi peraturan antipengubahan wang haram di Singapura.



Baki 10 tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Sturzenegger tidak menunjukkan sebarang emosi dalam kandang tertuduh semasa hukuman dijatuhkan.



Dia didakwa gagal melaporkan urus niaga mencurigakan "walaupun sistem itu berkelip merah akibat aliran masuk yang tidak dapat dijelaskan kira-kira AS$1.265 bilion" ke dalam dua akaun antara 21 dan 25 Mac 2013, dan dokumen sokongan yang disediakan disifatkan sebagai "jenaka" dan "tidak masuk akal" oleh ketua eksekutif kumpulan beliau.



Sturzenegger, orang kelima dikenakan tuduhan berkaitan skandal 1MDB, menghalang siasatan apabila dia berbohong kepada polis dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.



Encik Low dituduh pihak berkuasa di beberapa negara sebagai orang utama di tengah-tengah dakwaan pengubahan wang haram besar-besaran yang dikaitkan dengan 1MDB, syarikat dana pelaburan kerajaan Malaysia.



Ratusan juta dolar dikatakan dipindahkan daripada akaun di Falcon kepada Encik Low, seorang warga Malaysia, dan rakan-rakannya.



Sturzenegger, yang pernah mengetuai bahagian pematuhan di ibu pejabat Falcon, percaya dia "satu-satunya orang di bank itu yang mengetahui tentang pelibatan Encik Low dalam akaun tersebut".



Dia juga tahu Encik Low berbohong dengan mengaku dirinya sebagai rakan perniagaan rapatnya, Encik Eric Tan Kim Loong, dan juga Encik Low yang "mendalangi transaksi" dalam akaun itu.



Tetapi ketika disoal polis, dia pura-pura tidak tahu dan menafikan sembarang kaitan dengan Encik Low. Pembohongan Sturzenegger membuat siasatan disalah arah pada Encik Tan daripada Encik Low.



Falcon ditutup oleh MAS Oktober lalu, berikutan tindakan sama terhadap bank BSI pada Mei.



Ia dituduh "kurang faham secara berterusan dan teruk" peraturan antipengubahan wang haram MAS dan didenda $4.3 juta.



Hakim Daerah Ow Yong Tuck Leong berkata Sturzenegger "sengaja tidak memfailkan laporan mengenai transaksi mencurigakan" walaupun mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian, dan pembohongannya kepada pihak berkuasa menyebabkan "pembaziran sumber awam".



Beliau juga menyatakan nilai transaksi itu "mengejutkan".



Isteri Sturzenegger kini bekerja sambilan untuk meringankan beban kewangan keluarga selepas penutupan Falcon. Mereka mempunyai seorang anak perempuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >