SELAMA 18 tahun mengendalikan syarikat khidmat perkahwinan, pemilik Iza Wedding Pte Ltd, Hajah Juniliza Sabri terpaksa berpindah-randah pejabat ekoran kadar sewa ruang pejabat yang sentiasa meningkat.
Tetapi apabila pemilik hartanahnya mahu menaikkan sewa hampir $1,000 hanya selepas dua tahun beliau menyewa, Hajah Juniliza bertekad bahawa itulah kali terakhir beliau berdepan dengan situasi sedemikian.