DALAM keadaan ekonomi tidak menentu kini, Encik Rahmad Basir dan isterinya, Cik Reetha EF, memberanikan diri membuka restoran empat tingkat - Rayz Bistro - di kawasan Selegie pada awal Ramadan lalu.

Malah sebelum mendapatkan tempat bagi restoran itu, Encik Rahmad terpaksa meneroka pelbagai tempat sehingga menemui sebuah bangunan klasik kolonial.