Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Bilangan pekerja diberhentikan meningkat tahun lalu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bilangan pekerja diberhentikan meningkat tahun lalu

Apr 23, 2015 | 02:36 PM



BILANGAN pekerja yang diberhentikan meningkat tahun lalu disebabkan penyusunan semula syarikat.


Seramai 12,930 pekerja diberhentikan tahun lalu, berbanding 11,560 pada 2013.


Demikian menurut perangkaan terbaru Kementerian Tenaga Manusia (MOM).


Tetapi, kebanyakan yang terjejas merupakan pekerja asing, dengan rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) merangkumi perkongsian lebih kecil, iaitu 56 peratus berbanding 65 peratus pada 2013.


Sebahagian besar yang terjejas adalah dari sektor perkhidmatan, yang menggajikan 56.2 peratus daripada pekerja yang diberhentikan.


Dalam kenyataan MOM, syarikat-syarikat dalam sektor itu menyatakan penyusunan semula perniagaan adalah sebab utama pemberhentian itu.


Pemberhentian dalam sektor binaan juga meningkat.


Bilangan pekerja yang berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah diberhentikan pula meningkat, mencapai 59 peratus pada Disember tahun lalu.


Sebanyak 68 peratus rakyat dan PR yang diberhentikan dari Januari hingga September tahun lalu berjaya mendapat pekerjaan baru menjelang Disember tahun lalu.


Ini berbanding 66 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.


Malah, separuh dari individu ini mengambil masa sebulan atau lebih pantas, untuk menyertai semula pasaran buruh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >