Buka perniagaan menjahit pakaian lelaki

ATIYYAH MOHD SAID

SEBAGAI seorang lelaki, Encik Imran Mohd Ali sedar beliau mahupun ramai kaum Adam lain tidak begitu mahir dalam pemilihan dan cara berpakaian.

Lantaran itu, apabila beliau menerima tawaran menjadi pelabur dalam sebuah perniagaan menjahit pakaian lelaki, Hertslet & Co, Encik Imran terus merebutnya.

Perniagaan itu yang diasaskan oleh Encik Ramon Hertslet pada 2012, telah bertapak sebagai sebuah perniagaan dalam talian di Malaysia.

Kini, dengan pelaburan hampir $40,000, Encik Imran bersama Encik Ramon dan seorang lagi pelabur, Encik Cai Foong, telah membuka ruang kedainya yang pertama di Singapura.

Terletak di sekitar Upper Thomson Road, kedai menjahit pakaian lelaki seperti sut dan seluar itu menggajikan seramai sembilan pekerja.

Encik Imran, 30 tahun, memiliki beberapa syarikat, termasuk firma runding cara pemasaran, The Profits Academy; firma latihan jasmani, Saga Coaching Bengkel Perniagaan; dan galeri seni dalam talian, ArtisanPieces Contemporary Art Gallery Singapore.

Walaupun beliau menyifatkan bidang perniagaan baru itu sebagai satu cabaran, tetapi pada masa yang sama, peniaga muda itu tidak sabar untuk mencuba bidang baru itu.

"Saya tertarik untuk melabur dalam perniagaan ini kerana kebetulan saya sedang merancangkan satu perniagaan baru yang bersangkutan dengan menganjurkan kelas-kelas etik dan keyakinan bagi golongan pekerja lelaki dalam dunia korporat pada Ogos ini.

"Jadi ini adalah satu pelaburan yang bertepatan," ujar Encik Imran yang kini menguasai 50 peratus daripada perniagaan tersebut.

Ikuti laporan lanjut dalam Berita Harian, esok.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.