CABARAN utama Singapura ialah berapa cepat dan berapa baik negara ini dapat meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan berjaya dalam ekonomi digital yang kian mencabar, kata Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon.
Sedang peyusunan semula ekonomi masih dilaksanakan di sini, beliau berkata banyak lagi yang perlu dilakukan negara ini bagi meningkatkan daya penghasilan.