SYARIKAT pemaju hartanah CapitaLand akan meluaskan perniagaannya di Indonesia dengan melabur $74.3 juta dalam sebuah perumahan servis, Ascott Sudirman Jakarta, melalui anak syarikat milik penuhnya, The Ascott Ltd.
Dibangunkan oleh Ciputra Development Group, projek yang mempunyai 193 unit itu merupakan apartmen servis keenam Ascott dalam kawasan Golden Triangle di Jakarta. Ia dijangka dibuka tahun depan.