USAHAWAN veteran dalam penyewaan kren, Encik Roland Ng, akan terus mengekalkan jawatannya sebagai presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina (SCCCI) bagi tiga tahun mendatang.
Encik Ng, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat kren tempatan, Tat Hong, dilantik semula kelmarin bagi mengetuai dewan itu, menurut akhbar The Business Times (BT).