Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Christine Lagarde enggan merayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Christine Lagarde enggan merayu

Dec 20, 2016 | 04:48 PM



WASHINGTON (Amerika Syarikat) - Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Cik Christine Lagarde, berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah Perancis di mana dia didapati bersalah berhubung cara menangani isu antara negara dengan ahli perniagaan, Encik Bernard Tapie, yang berakhir dengan bayaran berjumlah 404 juta euro ($611 juta) kepada Tapie.



Namun begitu, beliau tidak akan membuat rayuan.



Bercakap kepada media di Washington, Cik Lagarde berkata:



"Saya tidak berpuas hati, namun sudah tiba masanya saya harus berhenti, buka buku baru dan meneruskan hidup serta terus bekerja dengan mereka yang mempercayai saya," katanya yang menyifatkan proses itu sebagai "menyakitkan".



Cik Lagarde sudah meninggalkan Perancis dan kini di Washington, dan tidak hadir di mahkamah.



Cik Christine didapati bersalah oleh Mahkamah Perancis semalam (19 Nov) atas kecuaian dalam urusan pembayaran berskala besar kepada hartawan negara itu ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan Perancis.



Beliau bagaimanapun terselamat daripada denda dan hukuman penjara.



Mahkamah mengecualikan Cik Lagarde daripada sebarang hukuman ekoran reputasi antarabangsa beliau dan menyedari hakikat bahawa pada ketika itu beliau sibuk dalam mendepani krisis kewangan global.



Lembaga Eksektif IMF telah mengadakan pertemuan menyusuli keputusan mahkamah itu.



Ia mengambil kira kesemua faktor termasuk "kepimpinannya di IMF yang cemerlang dan rasa hormat dan kepercayaan atas kepimpinannya di peringkat global."



"Dalam konteks ini, Lembaga Eksekutif sekali lagi mengesahkan keyakinan penuhnya terhadap kebolehan pengarah urusan untuk terus menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan," kata lembaga itu dalam satu kenyataan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >