PERTUMBUHAN Singapura sebagai sebuah negara turut berkait rapat dengan kemajuan syarikat kecil dan sederhana (SME) di negara ini.
Dengan kemajuan SME, pekerjaan dan peluang yang baik disediakan untuk rakyat Singapura, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Tan Chuan-Jin.