Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

ComfortDelGro tawar harga tambang dinamik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

ComfortDelGro tawar harga tambang dinamik

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



PENGENDALI teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro, akan melancarkan sistem harga dinamik bagi 13,600 teksinya mulai Jumaat depan.



Bagi penumpang, ini bermakna tambang teksi Comfort dan CityCab mungkin lebih rendah daripada kadar meter semasa waktu tidak sibuk, tetapi ia juga boleh melonjak semasa permintaannya tinggi.



Pilihan harga dinamik bagi teksi ComfortDelGro itu akan ditawarkan melalui aplikasi Uber dan fungsi UberFlash yang baru.



Perkhidmatan tersebut akan menghantar teksi ComfortDelGro yang terdekat, atau kereta sewa peribadi Uber, kepada pengguna yang mahukannya.



Langkah itu adalah untuk menyatukan bekalan teksi ComfortDelGro dan kereta Uber di bawah platform aplikasi Uber menyusuli satu pakatan antara kedua-dua syarikat yang diumumkan bulan lalu.



Perjanjian itu, yang masih dalam semakan tinjauan oleh Suruhanjaya Persaingan Singapura, akan menyaksikan ComfortDelGro memperolehi 51 peratus saham dalam anak syarikat kereta sewa Uber, Lion City Holdings.



Berdasarkan notis akhbar yang disiarkan ComfortDelGro kelmarin, UberFlash mengenakan bayaran dasar $3 - dengan kadar 45 sen bagi setiap kilometer.



Ini berbanding kadar teksi bermeter ComforDelGro, dengan tambang dasar antara $3.20 dengan $3.90 serta caj jarak sehingga 55 sen setiap kilometer bagi 10 kilometer pertama, dan 63 sen bagi setiap kilometer yang seterusnya.



Namun, tambang UberFlash pula turun naik mengikut permintaan.



Penumpang pernah merungut bahawa tambang Uber boleh mencapai dua hingga tiga kali lebih tinggi semasa waktu sibuk atau apabila terdapat gangguan MRT.



ComfortDelGro dan Uber mengatakan kelmarin bahawa mereka akan berkongsi perincian mengenai UberFlash di lain waktu.



Mereka berkata: "Kami sangat teruja dengan perkongsian ini... untuk memperbaiki landskap pengangkutan secara menyeluruh, memberikan Singapura lebih banyak pilihan untuk bergerak hanya dengan menekan butang."



Menyusuli gabungan ComfortDelGro dan Uber, kesemua 23,000 teksi di Singapura akan menawarkan pilihan harga yang dinamik.



Sejak Mac tahun lalu, hampir 10,000 teksi daripada lima firma teksi lain telah mula menawarkan harga dinamik, jika perjalanan mereka ditempah melalui aplikasi Grab.



Penyelidik pengangkutan, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Walter Theseira, berkata dengan semua teksi kini menawarkan harga dinamik, terdapat kemungkinan purata tambang teksi yang dibayar pada waktu sibuk akan meningkat, tetapi penumpang dapat meraih manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >