Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Dana CPFIS tumbuh 11% tahun lalu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Dana CPFIS tumbuh 11% tahun lalu

NORHAIZA HASHIM
Feb 27, 2014 | 06:53 PM



PARA pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang melabur dalam dana-dana Skim Pelaburan CPF (CPFIS) mencatatkan pulangan lebih tinggi tahun lalu berbanding 2012.


Secara keseluruhan, dana-dana yang boleh dilaburkan menggunakan CPF, menikmati pertumbuhan 10.73 peratus pada 2013, tinggi sedikit berbanding 10.35 peratus pada 2012, menurut firma kajian Lipper.


Pencapaian itu juga lebih baik berbanding prestasi 2011 apabila dana-dana CPFIS mengalami kerugian sebanyak 9.9 peratus.


Sehingga 31 Disember tahun lalu, terdapat 285 dana CPFIS yang meliputi 112 amanah saham dan 173 produk insurans berkaitan pelaburan (ILP).


Pulangan keseluruhan amanah saham CPFIS meningkat 11.93 peratus, manakala ILP pula tumbuh 9.91 peratus.


Ketua Kajian Asia Pasifik Lipper, Encik Xav Feng, berkata pulangan lebih tinggi dicatatkan terutama pada suku keempat tahun lalu menyusuli pengumuman Lembaga Simpanan Federal Amerika Syarikat untuk mengurangkan pembelian bon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >