SETELAH beberapa bulan bekerja sebagai seorang pakar marin bersama bapanya, Encik Muhammad Solihin Zohari, 23 tahun, membuat keputusan berterus terang dan memberitahu bapanya bahawa beliau ingin mencapai impian dalam industri dandanan rambut.
Cita-cita Encik Muhammad Solihin dapat dirasai setelah TONI&GUY Singapore menubuhkan salun rambut baru di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central - kali pertama di sebuah institut pendidikan.