Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Dapatan: SME S'pura hadapi cabaran aliran tunai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Dapatan: SME S'pura hadapi cabaran aliran tunai

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Oct 26, 2015 | 05:10 PM



SYARIKAT Kecil dan Sederhana (SME) di Singapura menghadapi cabaran sukar dalam usaha mereka mendapatkan bantuan kewangan dan menerima pembayaran tepat pada masanya.


Dapatan hasil Kajian Perbankan SME Visa dan Deloitte Digital juga menunjukkan, SME membentuk 47 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dan lebih 80 peratus daripada syarikat-syarikat ini punya pusing ganti melebihi $1 juta.


Namun, hanya 60 peratus SME daripadanya mendapatkan pinjaman bank untuk pembiayaan sementara 41 peratus lagi tidak dibiayai mana-mana institusi kewangan. Sebanyak 8 peratus SME didapati tidak layak mendapatkan pinjaman.


Kajian ini menumpukan pada SME merentasi beberapa ekonomi rantau Asean dan isu-isu kewangan, perbankan dan pembayaran yang dihadapi mereka.


Pasaran yang diberi tumpuan termasuklah Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.


Menerusi kajian ini, ia menunjukkan SME menghadapi beberapa cabaran kewangan, meliputi pengaliran tunai dan pembayaran tertangguh.


Sebanyak 72 peratus SME di Singapura kini memerlukan dana untuk menguruskan modal mereka dengan lebih baik selain menangani masalah aliran tunai, berbanding 62 peratus yang menghadapi keadaan serupa pada 2011.


Sebanyak 37 peratus SME di republik ini menghadapi pembayaran tertunggak melebihi 30 hari, dan jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding SME di rantau Asia Pasifik (30 peratus); Amerika (32 peratus); dan, Eropah (31 peratus).


Alasan utama bagi pembayaran tertunggak ini adalah disebabkan ketidakcukupan tunai, yang membentuk 48 peratus daripada keseluruhan alasan yang diberikan.


Pengurus Visa untuk Singapura dan Brunei, Cik Ooi Huey Tyng, berkata: "SME membentuk tulang belakang ekonomi Singapura dari segi sumbangan GDP dan mereka juga merupakan sumber utama pengambilan pekerja.


"Adalah penting supaya SME menikmati kemudahan dalam huraian kewangan moden bagi menjalankan operasi perniagaan dalam sekitaran yang paling produktif.


"Dapatan kami menunjukkan banyak SME terkapai-kapai dengan pengagihan dan penerimaan bayaran, dan tidak memanfaatkan huraian elektronik. Ini menimbulkan isu pengaliran tunai dan menghalang SME daripada beroperasi perniagaan mereka dengan lebih berkesan," ujarnya.


Tambahan daripada itu, kajian ini turut menunjukkan SME menghadapi cabaran bukan-kewangan, seperti mendapatkan sumber tenaga manusia dan persaingan.


Isu sumber tenaga adalah keprihatinan utama SME, di mana hampir separuh responden menyatakan kesukaran dalam pengambilan pekerja dan kos tinggi pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >