PERSATUAN Darul Arqam Singapura merancang membeli tanah lapang berdekatan dengan bangunan ibu pejabatnya di Onan Road jika pemerintah menawarkannya menerusi tender kelak.
Ia juga sedang meninjau kemungkinan membeli pejabat di kawasan Pusat Kewangan Marina Bay (MBFC), kata Presiden Persatuan Darul Arqam Singapura, Encik Muhammed Faiz Edwin, kepada Ekoniaga.