MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Encik S. Iswaran, menekankan bahawa dasar pemerintah mengetatkan kemasukan tenaga kerja asing perlu bagi pertumbuhan jangka panjang negara ini dan ia tidak akan disemak buat masa ini.
Beliau akur banyak syarikat, khususnya dalam sektor berpusat domestik, berdepan dengan cabaran. Namun, mereka perlukan masa untuk menyesuaikan diri kepada perubahan itu, katanya.