Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

DBS beli unit perbankan privet bank Perancis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DBS beli unit perbankan privet bank Perancis

Mar 17, 2014 | 04:57 PM



DBS Bank akan membeli unit perniagaan perbankan privet Asia dimiliki bank Perancis Societe Generale pada harga AS$220 juta ($278.5 juta).


Ia akan mempercepatkan rancangan DBS untuk menjadi 'syarikat pengurus harta terulung di Asia', menurut kenyataan DBS kepada Bursa Singapura (SGX) semalam.


Pembelian itu dibuat dalam masa persaingan di kalangan bank-bank semakin sengit untuk memenuhi keperluan kewangan bagi bilangan jutawan dan hartawan yang semakin meningkat di Asia.


Di bawah perjanjian itu, DBS akan membeli operasi perbankan privet bagi bank Perancis itu di Singapura dan Hongkong serta sebahagian perniagaan amanah (trust) Societe Generale.


Ketua Eksekutif DBS, Encik Piyush Gupta memberitahu kakitangannya dalam satu memo dalaman bahawa masanya sudah tiba bagi sebuah babk Singapura mempercepatkan perniagaan perbankan privet melalui pembelian syarikat lain.


"Sebagaimana yang kita tahu, bilangan jutawan yang lahir di Asia setiap hari melebihi tempat-tempat lain di dunia,'' ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >