Desa Amanah: Pelabur 'jatuh ditimpa tangga'

NORHAIZA HASHIM

BAGAI sudah jatuh, di timpa tangga pula.

Begitulah nasib seorang pelabur syarikat pelaburan Desa Amanah.

Sudahlah gagal mendapat kembali modal dan dividen yang dilaburkan dalam syarikat itu, usahanya mendapatkan khidmat peguam daripada sebuah lagi syarikat, Pacific Assets Group, juga tidak menjadi.

Pacific Assets didakwa tidak membayar sepenuhnya yuran $4,500 yang telah dibayar beliau kepada peguam terlibat bagi membantunya membawa kes Desa Amanah ke muka pengadilan.

Desa Amanah menawarkan pelaburan dalam ladang kelapa sawit dan pusat peranginan di Batam.

Para pelabur yang melabur daripada $10,000 hingga $20,000 telah memberitahu Berita Harian syarikat itu gagal membayar dividen dan wang pokok pelaburan yang dijanjikan sehingga sekarang.

Seramai 315 pelabur, kebanyakannya Melayu/Islam, telah melabur $4.6 juta dalam syarikat itu.

Kisah lanjut di Berita Harian esok.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.