ZURICH: Syarikat Deutsche Bank telah mencapai persetujuan dengan wakil buruh minggu ini yang akan membuka jalan bagi bank terbesar Jerman itu memberhentikan seramai 1,000 pekerja di Jerman sebagai sebahagian pengurangan kos yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik John Cryan, tahun lalu.
Pemberhentian itu, akan menjejas kakitangan yang menguruskan kerja pentadbiran dan khidmat teknologi maklumat, menurut sumber kepada agensi berita Bloomberg semalam.