DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) perlu memainkan peranan lebih aktif untuk mendekati anggota dan meningkatkan manfaat untuk mereka.
Beberapa anggota yang ditinjau berkata ini bertepatan pada waktunya sedang sekitaran perniagaan lebih rumit memerlukan syarikat bekerja lebih rapat dengan dewan mahupun persatuan dagangan lain.