NEW YORK: Walt Disney telah mencapai perjanjian untuk membeli perniagaan antarabangsa, filem dan televisyen daripada 21st Century Fox dengan saham sebanyak AS$52.4 bilion (S$70.7 bilion).
Ini akan memberi syarikat hiburan terbesar di dunia itu koleksi besar program dan filem untuk bersaing dengan pesaing digital seperti Netflix dan Amazon.com.
Ini juga bermakna Fox akan menumpukan perhatian pada sukan dan berita televisyen.
Program dan filem baru itu akan membantu Disney bersaing dengan syarikat teknologi yang membelanjakan berbilion dolar bagi program yang disiarkan menerusi dalam talian.
Ini dikatakan telah menarik penonton untuk beralih daripada rangkaian televisyen tradisional untuk menonton program yang ditawarkan di dalam talian itu. - Reuters