Dolar Australia jatuh berbanding mata wang AS, Singapura

SYDNEY: Dolar Australia jatuh berbanding mata wang utama sekelompoknya pada Selasa (3 Mei), sedang stok dan bon negara itu bangkit selepas bank pusatnya mengurangkan kadar faedah tanpa disangka.

Mata wang Australia merosot 1 peratus berbanding dolar Amerika apabila Reserve Bank of Australia (RBA) menurunkan kadar faedah penanda aras sebanyak satu perempat daripada satu peratusan mata ke rekod rendah 1.75 peratus.

Keputusan bank pusat itu diramal oleh hanya 12 daripada 27 ahli ekonomi dalam kaji selidik Bloomberg

Sedolar Australia jatuh kepada 75.66 sen Amerika pada 3 petang Selasa di Sydney, daripada setinggi 77.19 sen pada awal Selasa.

Ia merosot mendadak berbanding dolar Singapura, didagangkan pada kadar 1.0163 dolar Singapura pada 1.55 petang, turun 0.8 peratus daripada kadar penutup sebanyak 1.0243 pada Isnin. - Bloomberg

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.