DOLAR Singapura tumbuh kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat semalam sedang kadar faedah setempat susut lagi selepas ketua Simpanan Federal Amerika, Dr Janet Yellen, menekankan perlunya bank pusat itu lebih berhati-hati dalam menaikkan kadar faedah.
Sehingga 2 petang semalam, dolar Amerika didagangkan pada $1.3534 berbanding dolar Singapura - kadar terendah sejak 13 Julai. Pada Selasa lalu, ia mencapai $1.3677.