Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Dollar Singapura mungkin lebih kuat tahun depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Dollar Singapura mungkin lebih kuat tahun depan

Nov 25, 2017 | 02:49 PM



EKONOMI global  yang lebih mantap  memberi peluang kepada perniagaan Singapura untuk mendapatkan suntikan  yang sangat diperlukan  tahun ini, dengan pertumbuhan dijangka terus kukuh tahun depan.



Dengan rentak perkembangan  ekonomi  semakin meningkat di sini dan di seluruh dunia, sesetengah ahli ekonomi menyeru bagi   mata wang Singapura (Singdollar) yang lebih kukuh  untuk mengawasi kenaikan inflasi, menurut akhbar The Straits Times semalam.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS),  bank pusat negara ini, menggunakan kadar pertukaran mata wang sebagai alat dasar kewangan  utama bagi  mencapai  keseimbangan antara inflasi dari luar negara dan pertumbuhan ekonomi.



Kadar ini dibenarkan  terapung dalam jalur  yang boleh diselaraskan apabila dasar kewangan  disemak.



Mata  wang  lebih kukuh – yang sepadan dengan dasar monetari  lebih ketat – mengimbangi inflasi dengan membuat import  lebih murah dalam dolar Singapura, sementara Singdollar yang lemah membantu meningkatkan pertumbuhan dengan membuat eksport lebih murah di luar negara.



Kadar pertukaran diurus  dengan menambatkannya pada  sekumpulan mata wang rakan perdagangan utama Singapura.



Jalur  dasar Singdollar kini berada di landasan pertumbuhan  sifar terhadap mata wang rakan perdagangan utama negara ini. Pertumbuhan sifar ini menjadi dasar sejak   April tahun lepas di tengah-tengah  pertumbuhan perlahan dan inflasi  rendah.



MAS  mengekalkan dasar itu  pada semakannya bulan lalu, dan mengulangi kelmarin  bahawa dasar tersebut  masih   sesuai.



Namun, ahli ekonomi mengatakan  dasar kewangan  ketat mungkin  dilaksana    tahun depan,   mungkin apabila  MAS menyemak lagi dasarnya pada   April.



Mata wang yang  lemah berbanding  mata wang rakan dagangan  boleh merugikan pengimport Singapura kerana pembelian mereka dari luar negara akan lebih mahal dalam  Singdollar.



Juga, pengukuhkan pertumbuhan di luar negara bermakna inflasi yang diimport boleh meningkat, terutama jika harga minyak mula pulih, sebagaimana    dijangka  beberapa pemerhati pasaran.



Mata wang  lebih kukuh akan melindungi daripada perkara ini dan    membantu mengurangkan inflasi –  yang juga akan menghadapi  tekanan ke bawah daripada  faktor domestik.



“Kami berasa   risiko inflasi (mungkin meningkat), dengan langkah-langkah seperti kenaikan  fasa kedua harga air pada Julai 2018 (serta) pengurangan bekalan COE (Sijil Hak Memiliki) kenderan.



“Potensi pengenalan cukai barangan  dan  perkhidmatan (GST) ke atas  pembelian e-dagang juga boleh menaikkan harga pengguna,” kata ahli ekonomi Maybank Kim Eng Chua Hak Bin dan Lee Ju Ye, lapor akhbar itu.



Mereka menjangka  MAS  mengetatkan dasarnya pada April.



Ahli ekonomi UOB Francis Tan bersetuju bahawa kenaikan cukai yang dijangka  boleh menyumbang kepada inflasi  lebih tinggi tahun depan.



Pakar ekonomi dan pakar cukai menjangka GST  meningkat dalam beberapa tahun akan datang apabila  keperluan perbelanjaan negara terus berkembang.



Buat masa ini, MAS menjangka inflasi  kekal rendah tahun depan, mungkin  pada kadar   antara sifar dan 1 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >