DPPMS akan pertingkat jawatan pengarah eksekutif

DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan meneliti untuk 'menaikkan kedudukan dan status' seorang pengarah eksekutif (ED) agar ia setara dengan pengarah lembaga pertubuhan itu serta menyusun semula pakej gaji agar setara dengan mereka yang memegang jawatan sama di dewan etnik lain.

Ini sebagai usaha menarik dan mengekalkan bakat dalam dewan, ujar Presiden DPPMS, Encik Zahidi Abdul Rahman, semasa ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) DPPMS yang ke-55 di Masjid Sultan, Jumaat lalu.

Beliau berkata demikian bila diminta mengulas lebih lanjut mengenai pertanyaan salah seorang anggota tentang usaha dewan mengekalkan bakat dalam pertubuhan tersebut.

Ini lebih-lebih lagi menyusuli perletakan jawatan ED-nya yang terkini, Encik Ismail Hussain, selepas berkhidmat kurang setahun.

Encik Ismail juga adalah ED yang keenam dalam masa tujuh tahun yang telah mengundurkan diri.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.