DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) menyifatkan Belanjawan Negara yang dibentangkan kelmarin sebagai Belanjawan properniagaan yang akan mendorong syarikat kecil dan sederhana (SME) ke arah penyusunan semula dan rombakan.
Malah, Belanjawan itu dijangka membantu syarikat dalam tahap-tahap pertumbuhan mereka yang berbeza.