Dua aplikasi ciptaan pasukan Melayu muncul finalis

ATIYYAH MOHD SAID

DUA aplikasi rekaan dua pasukan anak Melayu telah dipilih sebagai antara 10 finalis daripada 90 penyertaan pertandingan menghasilkan aplikasi.

Kedua-dua aplikasi itu, FundWagon ciptaan Encik Hairul Khafiz Ramli dan adiknya, Cik Shireen serta AfterParty yang dihasilkan Encik Faisal Achmad Yusuf dan Cik Zafirah Idris telah menonjolkan ciri-ciri inovatif dan memberi manfaat sosial.

Pertandingan The Apps4SG, anjuran Penguasa Pembangunan Infokom (IDA), Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA), bermatlamat untuk menggalak penghasilan aplikasi inovatif untuk memanfaatkan data pemerintah bagi membaiki kehidupan di sini.

Ia yang dilancarkan tahun lalu, telah menarik peserta pelbagai lapisan usia yang menghasilkan lebih 80 prototaip.

Laporan lanjut di Berita Harian esok.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.