PUSAT beli-belah Eastpoint Mall di Simei akan dibuka semula Selasa ini selepas menjalani kerja peningkatan.
Lebih 100 kedai menanti pelanggan selepas ruang kedai yang disewakan bertambah 13 peratus kepada 214,161 kaki persegi (19,896 meter persegi) selepas peningkatan itu.