SINGAPURA dijangka menarik jumlah pelaburan dan menjana pekerjaan mahir lebih rendah tahun ini, sejajar dengan tenaga buruh dan tanah yang terhad di negara ini.
Jumlah pelaburan aset tetap (FAI) dijangka mencapai $10 bilion hingga $12 bilion, manakala jumlah pekerjaan mahir yang akan dijana ialah antara 14,000 hingga 16,000, demikian menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).