SINGAPURA dijangka menarik pelaburan sebanyak $8 bilion hingga $10 bilion tahun ini sejajar dengan pelaburan $9.4 bilion yang ditarik tahun lalu, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).
Namun, jumlah pekerjaan yang diwujudkan tahun ini dijangka lebih rendah sebanyak 16,000 hingga 18,000 pekerjaan baru berbanding 22,500 tahun lalu, apabila pelaburan itu direalisasikan sepenuhnya.