Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Ekon S'pura dijangka tumbuh 2-2.5% tahun ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekon S'pura dijangka tumbuh 2-2.5% tahun ini

NORHAIZA HASHIM
Aug 11, 2015 | 04:17 PM



EKONOMI Singapura diramal tumbuh 2 hingga 2.5 peratus tahun ini selepas ketidaktentuan dalam ekonomi sejagat, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).


Ramalan itu dikecilkan berbanding pertumbuhan 2 hingga 4 peratus yang dijangkakan pemerintah sebelum ini.


Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) tumbuh 1.8 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding setahun ini.


Pada suku pertama, GDP tumbuh lebih tinggi sebanyak 2.8 peratus.


Ekonomi menguncup 4 peratus bagi suku kedua berbanding suku pertama, mengubah trend pertumbuhan 4.1 peratus pada suku sebelumnya.


Membentangkan Tinjauan Ekonomi Singapura Suku Kedua 2015 dalam sidang akhbar hari ini, Setiausaha Tetap MTI, Cik Ow Foong Pheng, berkata sektor luaran Singapura seperti kewangan dan dagangan borong dijangka menyokong pertumbuhan ekonomi Singapura bagi separuh kedua tahun ini.


Namun, faktor tertentu boleh menjejas sektor luaran seperti harga minyak yang rendah boleh menjejas pertumbuhan segmen marin dan kelautan.


"Sektor domestik seperti khidmat perniagaan dan infokom dijangka tumbuh sederhana baki tahun ini. Dengan pasaran buruh kekal ketat, pertumbuhan dalam sektor yang bergantung kepada buruh seperti khidmat makanan akan terjejas dengan adanya had buruh.


"Mengambil kira faktor ini, ramalan pertumbuhan Singapura tahun ini dikecilkan kepada 2 hingga 2.5 peratus, dari 2-4 peratus,'' jelas Cik Ow.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >