PULANGAN yang diraih daripada pelaburan syarikat pelaburan Temasek Holdings meningkat 13.6 peratus, mencapai paras rekod $275 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017, dengan pasaran saham yang kukuh mendorong prestasinya.
Prestasi itu sekali gus mengubah kemerosotan 9 peratus - pulangan negatif pertama Temasek sejak 2009 - kepada $242 bilion pada tahun kewangan lalu.