Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Ekonomi digital Asean boleh berkembang hingga $276 bilion

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi digital Asean boleh berkembang hingga $276 bilion

NORHAIZA HASHIM
Jun 19, 2017 | 01:18 PM



EKONOMI digital di Asean mempunyai potensi untuk berkembang mencapai AS$200 bilion ($276 bilion) bagi sedekad mendatang, dengan e-dagang sahaja mencakupi AS$88 bilion.



Oleh itu, Singapura, yang akan menjadi pengerusi Asean tahun depan, telah mengenal-pasti e-dagang dan inisiatif lain berhubung ekonomi digital sebagai tumpuan utama yang berpotensi, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon.



Ekonomi digital juga akan menjadi bidang baru di bawah Masyarakat Ekonomi Asean 2025, dan terdapat minat mendalam dalam kalangan anggota Asean untuk membangunkan keupayaan e-dagang mereka.



"Singapura akan bekerjasama dengan Asean untuk mengurangkan undang-undang dagangan serantau bagi pengawalan e-dagang bagi meningkatkan hubungan digital dan mengurangkan hambatan penyertaan dalam industri itu.



"Ini akan meningkatkan dagangan serantau bagi e-dagang, pergerakan lebih bebas bagi barangan e-dagang antara Asia Tenggara dan menyokong perluasan serantau bagi syarikat-syarikat berpangkalan di Asean,'' kata Dr Koh, dalam sidang Digital Asean anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) hari ini.



Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan (BAC) Asean Singapura, Dr Robert Yap berkata Asean mempunyai asas-asas yang kukuh untuk menjadi ketua dalam ekonomi digital yang pesat bergerak.



Ini kerana rantau ini sedang berkembang, dengan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sebanyak $2.5 trilion dan tumbuh sebanyak 6 peratus. Malah, penduduk Asean yang mempunyai telefon bimbit adalah sekitar 35 peratus dan akan terus meningkat.



"Bagi memanfaatkan peluang itu, syarikat-syarikat di Asean perlu mendakapi teknologi digital dalam model perniagaan mereka untuk kekal relevan,'' katanya.



Di Singapura, kepentingan ekonomi digital telah mendorong Jawatankuasa Bagi Ekonomi Masa Hadapan (CFE) untuk mengenal-pasti keperluan membangunkan keupayaan digital yang lebih kukuh.



Pemerintah akan mengetuai contoh dan membangunkan keupayaan digital lebih kukuh melalui projek-projek rombakan luas seperti sistem pengenalan digital kebangsaan, pembayaran tanpa tunai dan wadah Negara Bijak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >