Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Ekonomi Singapura menuju ke arah pemulihan, bantu kukuh sektor korporat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi Singapura menuju ke arah pemulihan, bantu kukuh sektor korporat

Oct 27, 2017 | 12:37 PM



EKONOMI Singapura sedang menuju ke arah pemulihan dan membantu mengukuhkan sektor korporat di Singapura, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Dalam laporan Semakan Makroekonomi dibentangkan MAS, ia berkata ekonomi Singapura menunjukkan pemulihan disebabkan permintaan elektronik.

Ekonomi Singapura dijangka tumbuh bahagian atas ramalan kenaikan 2-3 peratus tahun ini dan terus tumbuh walaupun reda sedikit tahun depan.

"Keyakinan pengguna yang meningkat akan memberi sokongan kepada industri runcit, manakala kelemahan dalam sektor binaan akan reda tahun depan kerana projek-projek sektor awam dipercepatkan,'' kata MAS.

Pemulihan ekonomi mendorong pembentukan jumlah firma bersih yang mencecah 6,700 bagi Januari hingga Jun tahun ini, berbanding purata separuh tahun sebanyak 2,000 tahun lalu.

Jumlah firma bersih itu mengambil kira jumlah firma yang dibentuk dan ditolak bilangan firma yang tutup.

Dalam pada itu, MAS berkata pasaran buruh mungkin sudah mencapai "titik perubahan" dan permintaan buruh dijangka meningkat secara bertahap-tahap dalam tempoh jangka sederhana.

"Sejajar dengan pemulihan sederhana dalam pengambilan pekerja dalam beberapa sektor berorientasikan luar, jumlah petanda menunjukkan pasaran buruh telah pulih,'' kata MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >