Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ekonomi Singapura tumbuh 1.8%, lebih tinggi daripada jangkaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi Singapura tumbuh 1.8%, lebih tinggi daripada jangkaan

Jan 03, 2017 | 11:26 AM



EKONOMI Singapura mengatasi jangkaan, tumbuh 1.8 peratus pada suku keempat 2016 berbanding tahun sebelumnya, mencapai pertumbuhan 1.8 peratus bagi keseluruhan 201.



Demikian menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Selasa (3 Jan).



Pertumbuhan 2016 jauh melebihi ramalan yang diumum MTI sebelum ini, yang antara 1.0 hingga 1.5 peratus.



Ahli ekonomi yang ditinjau Bloomberg menjangka hasil dalam negara kasar (GDP) berkembang hanya 0.3 peratus pada suku keempat berbanding tahun sebelumnya, selepas berkembang 1.2 pada suku ketiga.



Berdasar asas tahunan suku ke suku diselaraskan secara bermusim, ekonomi Singapura berkembang 9.1 peratus dalam tempoh Oktober-Disember, berbanding pengurangan 1.9 peratus dalam suku sebelumnya.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang menyatakan ekonomi 2016 tumbuh lebih satu peratus dalam amanat Tahun Baru Sabtu (31 Dis) lalu, berkata pertumbuhan "masih positif, walaupun kurang daripada yang kita harapkan".



Beliau juga berkata pemerintah sedang memantau dengan rapi pasaran buruh kerana ia telah menunjukkan tanda semakin lemah.



Pemberhentian kerja di Singapura pada separuh pertama 2016 mencecah 9,510, tertinggi sejak 2009, dengan kadar pengangguran mencecah 2.1 peratus pada suku ketiga.



Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan pemerintah akan mengumumkan saranannya mengenai strategi jangka panjang bagi pertumbuhan "dalam beberapa minggu ini", kata Encik Lee.



Ahli ekonomi swasta yang ditinjau Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang mengurangkan ramalan mereka bagi pertumbuhan GDP kepada 1.4 peratus, menjangka ekonomi berkembang 1.5 peratus tahun ini.



Anggaran awal MTI itu dikira sebahagian besarnya daripada data dua bulan pertama suku keempat dan tertakluk pada semakan apabila lebih banyak data menyeluruh didapati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >