Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Ekonomi S'pura dijangka terus lembap tahun ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekonomi S'pura dijangka terus lembap tahun ini

Jul 26, 2016 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyemak ramalan pertumbuhan ekonomi 1-3 peratus bagi sepanjang tahun ini.



Ini kerana ekonomi Singapura dijangka terus lembap tahun ini di tengah-tengah ramalan ekonomi global yang suram, kata Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon.



Semasa membentangkan laporan tahunan MAS bagi tahun kewangan 2015/2016 semalam, Encik Menon berkata semakan itu akan dijalankan oleh MAS bersama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Beliau menarik perhatian bahawa pemerintah sedang memantau rapat tiga faktor yang akan menjejas pertumbuhan ekonomi Singapura - implikasi Brexit (Britain keluar daripada Kesatuan Eropah) ke atas ekonomi blok itu, bentuk pemulihan ekonomi Amerika Syarikat yang kini menyebabkan permintaan perdagangan dan pelaburan merosot dan pertumbuhan China yang lebih perlahan.



"Prestasi ekonomi bagi enam bulan mendatang tidak akan banyak berbeza daripada separuh pertama tahun ini.



"Tetapi akan berlaku ketidaktentuan dalam kegiatan ekonomi pada bulan ke bulan dan sumbangan pertumbuhan juga akan berubah," kata Encik Menon.



Kadar pertumbuhan purata ekonomi pada separuh pertama tahun ini adalah 2.2 peratus berbanding tahun lalu.



Encik Menon berkata sedang industri berkaitan perdagangan seperti elektronik menunjukkan tanda lebih stabil, kelompok perkhidmatan moden - yang menjadi tunggak pertumbuhan ekonomi sejak beberapa tahun lalu - akan mencatatkan sumbangan jauh lebih rendah pada 2016.



Ini termasuk khidmat kewangan; khidmat profesional seperti khidmat kejuruteraan dan seni bina yang lebih terdedah kepada Britain dan Kesatuan Eropah (EU) justeru akan tumbuh lebih perlahan manakala khidmat komunikasi maklumat akan berkembang lebih sederhana namun disokong permintaan bagi huraian teknologi maklumat yang mendorong produktiviti.



Menurut Encik Menon, kadar inflasi utama dijangka mencecah kadar purata 1 peratus dan naik kepada hampir 2 peratus pada tahun depan.



Menyentuh tentang pasaran hartanah, beliau berkata masih terlalu awal bagi menarik balik langkah meredakan pasaran meskipun pasaran sudah mantap sejak dua tahun lalu, dengan harga naik lebih sederhana dan hutang keluarga setempat susut.



"Kami mahu pastikan bahawa kemajuan diraih dengan usaha gigih, diperkukuh dan dapat dikekalkan serta keadaan hutang keluarga terus diperteguh supaya dapat bertahan daripada sebarang kejutan," ujarnya.



Encik Menon mengingatkan bahawa risiko harga hartanah melonjak semula bukan perkara kecil, memandangkan kadar faedah akan kekal rendah dan pelabur global akan terus mencari keuntungan.



Bagi tahun kewangan 2015/2016, MAS mencatatkan keuntungan bersih sebanyak $0.2 bilion - lebih rendah daripada $0.3 bilion yang diraih pada tahun kewangan sebelumnya.



Turut menguncup ialah nilai keuntungan pelaburan daripada rizab asing rasmi, iaitu $5.2 bilion berbanding $10.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, ekoran pasaran ekuiti global yang merosot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >