Ekonomi tumbuh lebih pantas tahun lalu

EKONOMI Singapura tumbuh lebih baik daripada jangkaan pada suku keempat tahun lalu ekoran kegiatan pekilangan, kewangan dan perkhidmatan yang rancak.

Menurut Kementerian Peragangan dan Perusahaan (MTI) semalam, ekonomi negara tumbuh 5.5 peratus berbanding setahun lalu - lebih baik daripada ramalan awal pemerintah iaitu kenaikan 4.4 peratus sementara para pengamat ekonomi pula menganggarkan pertumbuhan 5.3 peratus bagi suku terakhir tahun lalu.

Ini sekali gus merangsang prestasi keseluruhan ekonomi Singapura untuk 2013, dengan pertumbuhan 4.1 peratus\.

Prestasi sepanjang tahun itu adalah lebih tinggi daripada pertumbuhan 1.9 peratus bagi 2012 manakala para pengamat menjangkakan kenaikan 3.9 peratus hingga 4 peratus.

Untuk tahun ini, pemerintah telah mengekalkan ramalan pertumbuhan 2 hingga 4 peratus.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.