Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Eksport bukan minyak Singapura jatuh 12%, lebih teruk daripada jangkaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport bukan minyak Singapura jatuh 12%, lebih teruk daripada jangkaan

Nov 17, 2016 | 12:27 PM



EKSPORT Singapura jatuh paling banyak dalam tujuh bulan pada Oktober dan buat dua bulan berturut-turut, dek permintaan global yang lemah tidak menunjukkan sembarang tanda lega.



Eksport domestik bukan minyak (Nodx) berkurangan 12 peratus pada Oktober berbanding tahun sebelumnya, kata International Enterprise (IE) Singapore pada Khamis (17 Nov).



Kejatuhan itu lebih teruk daripada penguncupan 3.5 peratus yang dijangka oleh pakar ekonomi yang ditinjau oleh Reuters.



Jualan elektronik terus menurun, manakala eksport bukan elektronik jatuh lebih ketara.



Pada September, penghantaran luar negara merosot 5 peratus dari segi tahun ke tahun, walaupun penguncupan itu kurang daripada yang dijangka kerana jualan ke China, pasaran tunggal terbesar Singapura, berkurangan pada kadar lebih perlahan.



Begitu juga pada Oktober, eksport ke China berkurangan hanya 0.1 peratus, lebih rrendah daripada penguncupan 2.2 peratus pada September.



Penyumbang terbesar kejatuhan eksport pada Oktober ialah Kesatuan Eropah (-28.6 peratus), Jepun (-19.9 peratus) dan Indonesia (-13.1 peratus).



Jualan ke Amerika Syarikat berkurangan 3.7 peratus.



Daripada 10 pasaran utama Singapura, eksport meningkat hanya bagi Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan.



Dari segi bulan ke bulan, menggunakan asas yang diselaras mengikut musim, Nodx pada Oktober jatuh 3.7 peratus, berbanding pertambahan 2.2 peratus pada September.



Penghantaran mencecah $12.3 bilion pada Oktober, lebih rendah daripada $12.7 bilion pada September.



Dari segi tahun ke tahun, penghantaran elektronik menguncup 6 peratus pada Oktober, selepas penuruhan 6.6 peratus pada September.



Eksport bukan elektronik jatuh 14.6 peratus, selepas penurunan 4.2 peratus pada bulan sebelumnya.



Kegiatan perkilangan Singapura sederhana pada Oktober, dengan pengeluaran industri lebih perlahan pada keseluruhannya, walaupun indeks bagi sektor elektronik utama mencapai paras tertinggi dalam masa dua tahun hasil tempahan dan eksport baru, menurut satu tinjauan kajian swasta awal bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >