Eksport susut daripada ramalan

EKSPORT domestik bukan minyak Singapura (NODX) menguncup sebanyak 6 peratus untuk sepanjang tahun lalu ekoran eksport elektronik dan Nodx bukan elektronik seperti farmaseutikal, lebih rendah.

Ini merupakan lebih rendah daripada ramalan kemerosotan 4 hingga 5 peratus yang dijangkakan oleh agensi perdagangan, International Enterprise (IE) Singapore.

Pada tahun sebelumnya, Nodx tumbuh sedikit, 0.5 peratus.

IE Singapore berkata eksport elektronik telah merosot sebanyak 11.3 peratus pada tahun lalu manakala eksport bukan elektronik menguncup 3.3 peratus.

Menurut IE Singapore lagi, ia menjangkakan eksport menunjukkan prestasi lebih baik pada tahun ini dengan pertumbuhan di antara 1 hingga 3 peratus.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.