ENAM butik fesyen Muslimah dipilih bagi mengetengahkan koleksi pakaian mereka dalam acara fesyen, Dewi Fashionista, anjuran Usahawan Dinamik Wanita Antarabangsa Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (Dewi@DPPMS) bulan depan.
Acara yang diadakan buat kali kedua itu diharap dapat menggalak lebih ramai peruncit fesyen dan pakaian Melayu/Islam setempat meluaskan rangkaian dalam industri tersebut.