KELEMAHAN dalam industri gas dan minyak telah menyebabkan syarikat penyedia khidmat dan kapal bagi industri minyak antarabangsa Ezra Holdings mengalami kerugian.
Syarikat itu menanggung kerugian bersih sebanyak AS$249.9 juta ($335.4 juta) bagi suku berakhir 29 Februari lalu. Ia mengubah keuntungan sebanyak AS$138,000 yang dicatatkan setahun lalu.