LEBIH 12 firma pengangkutan dari serata dunia dijangka membuat taruhan bagi kontrak bas awam yang pertama di Singapura apabila tender itu ditutup pada 5 Januari.
Selain daripada firma pengendali pengangkutan utama, SBS Transit (SBST) dan SMRT Corp, beberapa firma besar dari Eropah dan juga syarikat negara lain turut melahirkan minat.