Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Firma katering penerbangan Jepun dapat sijil halal dari Warees

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma katering penerbangan Jepun dapat sijil halal dari Warees

Sep 24, 2014 | 03:31 PM



SEBUAH syarikat katering penerbangan Tokyo, TFK Corporation (TFK) telah mendapat sijil halal dari Warees Halal, sebuah jabatan di bawah syarikat Warees Investments Pte Ltd, bagi dapur penerbangan (inflight) halalnya di Lapangan Terbang Narita di Tokyo.


TFK memilih Warees Investments, anak syarikat milik penuh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), bagi pensijilan itu yang merupakan dapur penerbangan halal khusus yang pertama dan terbesar di Tokyo.


Dengan adanya sijil halal itu, TFK akan dapat menyediakan makanan halal kepada lebih 30 syarikat penerbangan di dua Lapangan Terbang Narita dan Haneda.


Satu majlis penyampaian sijil halal itu diadakan di Tokyo tadi, dihadiri presiden TFK, Encik Makoto Fukada, ketua eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar dan pengarah serantau Asia Utara dan Pasifik International Enterprise (IE) Singapore, Encik Lee Hoi Leong dan ketua eksekutif Warees Investments, Encik Zaini Osman.


Bagi memenuhi permintaan yang meningkat bagi makanan halal, TFK telah melaburkan 60 juta yen ($700,000) bagi peralatan dapur yang baru dan meluaskan keupayaan dapur halal kepada 6,000 makanan setiap hari, berbanding 3,000 makanan sebelum ini.


"Satu tinjauan menunjukkan 66.8 peratus pelawat Islam yang ke luar negara melihat makanan halal sebagai amat penting bagi mereka.


"Oleh kerana jumlah pelawat Islam ke Jepun dijangka mencecah sejuta orang setahun menjelang 2020 yang merupakan tiga kali lebih tinggi berbanding 2013, adanya makanan yang disahkan halal adalah amat penting bagi memenuhi keperluan para pelawat ini," jelas Encik Makoto.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >