Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Firma Melayu dapat kontrak $65j bangun resort Maldives

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma Melayu dapat kontrak $65j bangun resort Maldives

Jun 16, 2016 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat Melayu Singapura berjaya memenangi kontrak membangunkan sebuah resort di kepulauan Maldives dengan kos pembinaan dianggarkan bernilai sehingga AS$48 juta ($65 juta).



Syarikat MSN Realty Maldives Pvt Ltd (MSN) yang dimiliki Encik Meldi Muswizar itu berjaya mengatasi beberapa syarikat lain seperti dari China dan Korea Selatan dalam tender menjadikan Pulau Ruhthibirah sebagai resort empat setengah bintang.



Ruhthibirah, seluas 7.92 hektar atau sekitar lapan padang bola sepak, terletak lebih 200 kilometer ke selatan Male, ibu kota Maldives, atau sekitar 40 minit perjalanan melalui udara.



Kontrak perjanjian eksklusif membangun, membina dan mengendalikan resort selama 50 tahun itu telah dimeterai antara syarikat Island Aviation Services Ltd (IASL) dengan MSN di Male bulan lalu.



IASL merupakan syarikat milik pemerintah Maldives yang mengendalikan operasi penerbangan Maldivian Airline selain bertanggungjawab memastikan Ruhthibirah dibangunkan sebagai resort.



Encik Meldi pula, selain memiliki syarikat hartanah di Maldives, juga pemilik syarikat logistik, gudang dan penghantaran kargo serta barangan di Singapura, MSN Shipping Agencies Pte Ltd. Ia baru-baru ini mencatat penjualan $7.5 juta.



Memberitahu Berita Harian tentang rancangannya, Encik Meldi, 52 tahun, berkata pihaknya merancang membina 150 unit penginapan merangkumi 84 vila air, 30 vila pantai dan 36 suite kabana.



Pulau berbentuk bulan sabit dan kini tidak dihuni itu juga akan mempunyai spa dan masjid.



Encik Meldi telah mendapatkan khidmat firma seni bina setempat, Zahidi A.R. Arkitek, bagi menghasilkan desain resort yang diberi nama The Indus Maldives Resort & Spa.



Pembinaan dijangka bermula awal tahun depan dan pelancaran awal pada pertengahan 2018.



Laporan lanjut: Rancang bina resort mesra alam dengan 150 bilik di Maldives




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >