PADA usia 15 tahun, Allahyarham Mohamed Hanifa Kazura membeli tiket feri berharga 37 sen untuk belayar ke Singapura dari Tembilahan di Pulau Riau, Indonesia.
Di Kampung Glam, beliau menghidu peluang perniagaan apabila melihat ramai bakal jemaah haji tertumpu di kawasan itu untuk membeli keperluan haji.