SEBUAH syarikat tenaga Perancis kini sedang membantu membina grid tenaga kecil di Pulau Semakau, yang diharapkan dapat menjadi simpanan tenaga masa depan yang boleh diperbaharui.
Menurut laporan Bloomberg, usaha oleh Engie SA itu akan menunjukkan kebergunaan gas hidrogen dalam menukar tenaga daripada panel solar dan turbin angin kepada bahan pembakar tersimpan yang boleh menjana elektrik dalam masa beberapa hari atau bulan selepas itu, apabila keperluan meningkat.