Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Gerakan buruh gesa lebih subsidi penjagaan anak bagi famili gaji pertengahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Gerakan buruh gesa lebih subsidi penjagaan anak bagi famili gaji pertengahan

Feb 16, 2018 | 05:30 AM



GERAKAN buruh menggesa pemerintah memberi lebih banyak sokongan kepada ibu bapa bergaji pertengahan sedang kos penjagaan anak semakin meningkat.



Dalam satu kenyataan semalam, gerakan buruh menyarankan lebih banyak subsidi bagi penjagaan kanak-kanak dan penjagaan selepas sekolah.



Kenyataan itu dikeluarkan menjelang Belanjawan yang akan dibentangkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat Isnin depan.



Berhubung subsidi penjagaan kanak-kanak, gerakan itu mengusulkan agar pemerintah meningkatkan subsidi asas yang diberikan kepada semua kanak-kanak warga Singapura.



Buat masa ini, semua kanak-kanak warga Singapura yang layak menerima subsidi asas $300 setiap bulan bagi perkhidmatan penjagaan.



Selain itu, kriteria menerima subsidi dari segi had pendapatan isi rumah (HHI) dan had pendapatan per kapita (PCI) juga harus dinaikkan, kata gerakan buruh.



Meskipun lebih banyak tumpuan telah diberi bagi membantu keluarga bergaji rendah sejak kebelakangan ini, yuran penjagaan kanak-kanak telah meningkat, menjejas keluarga bergaji pertengahan.



Pengendali pusat penjagaan kanak-kanak telah meningkatkan yuran mereka sebanyak 22 peratus sejak 2011.



Berkenaan penjagaan pelajar pula, gerakan buruh meminta pemerintah mempertimbangkan untuk memberi subsidi kepada keluarga hingga persentil gaji isi rumah ke-50, iaitu keluarga bergaji rendah hingga pertengahan.



Kriteria dari segi HHI dan PCI juga perlu dinaikkan agar lebih ramai keluarga yang boleh meraih manfaat daripada subsidi itu.



Buat masa ini, subsidi penjagaan pelajar hanya diberikan kepada keluarga dengan HHI bulanan kasar sehingga $4,000 atau PCI isi rumah sehingga $1,000 menerusi Skim Bantuan Yuran Penjagaan Pelajar.



Keluarga bergaji rendah membayar serendah $5 bulan.



Sementara itu, kekurangan tempat di pusat penjagaan pelajar di sekolah bermakna ada ibu bapa perlu mendapatkan khidmat swasta penjagaan pelajar yang yurannya boleh mencecah sehingga $500 setiap bulan, tidak termasuk kos pengangkutan.



Sedang terdapat rancangan untuk memenuhi permintaan meningkat bagi perkhidmatan penjagaan pelajar, isu yang kekal adalah mengenai kemampuan perkhidmatan ini khususnya bagi keluarga bergaji pertengahan sedang keluarga ini juga perlu mengimbangi keperluan anak-anak dan ibu bapa mereka. Pejuang Wanita dan Keluarga Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Desmond Choo, berkata ibu bapa bekerja berada dalam tahap penting kehidupan mereka, dalam mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu bapa serta puncak dalam kerjaya mereka.



Gerakan buruh menarik perhatian demografi penduduk dan tenaga kerja yang semakin berubah - penduduk yang kian menua serta bilangan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >