Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Gergasi kimia Jerman labur $761j bina kilang kedua di Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Gergasi kimia Jerman labur $761j bina kilang kedua di Singapura

Oct 20, 2016 | 12:39 PM



SYARIKAT kimia Jerman Evonik Industries mengadakan upacara pecah tanah bagi kilang keduanya di Pulau Jurong pada Rabu (19 Okt), untuk memenuhi permintaan meningkat bagi bahan utama dalam penghasilan makanan haiwan.



Pelaburan terbaru sebanyak 500 juta euro ($761 juta) itu datang kurang dua tahun selepas kumpulan itu membuka kilang pertama di sini pada November 2014.



Kilang methionine baru itu bakal memulakan operasi pada 2019 dan mewujudkan lebih 150 pekerjaan, sebagai tambahan kepada kira-kira 500 kakitangan di seluruh operasinya di sini sekarang, kata Evonik.



Ia akan dapat menghasilkan 150,000 tan metrik metionina, sejenis asid amino penting yang digunakan dalam makanan haiwan - mengangkat kapasiti tahunan Evonik kepada kira-kira 300,000 tan metrik di Asia, dan kira-kira 700,000 tan metrik di seluruh dunia.



Ia bertujuan untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi methionine terutamanya di Asia, kata Dr Reiner Beste, pengerusi lembaga pengarah Evonik Nutrition & Care.



"Penduduk dunia yang semakin meningkat menuntut semakin banyak makanan sihat, termasuk daging, ikan, telur dan susu, itulah sebabnya pasaran methionine global akan memerlukan bekalan lebih besar sepanjang beberapa tahun akan datang," katanya.



Dr Klaus Engel, pengerusi lembaga eksekutif Evonik Industries, berkata: "Kami sekali lagi memilih Singapura sebagai sebuah lokasi kerana kami boleh berkhidmat kepada pasaran pertumbuhan Asia dengan baik dari sini."



Dua kilang Evonik di sini menandakan pelaburan terbesar kumpulan itu di luar Jerman dan tapak methionine terbesar di dunia.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang berada di majlis itu, berkata kemudahan baru Evonik - dibina tidak berapa lama selepas yang pertama - adalah "kenyataan keyakinan" pada Singapura sebagai tapak bagi pengilangan bernilai tinggi, sambil menambah bahawa kilang seperti itu biasanya dibina setiap tujuh hingga lapan tahun.



Beliau berkata kilang itu akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi di sini.



"Ia melengkapkan usaha lebih luas kita untuk membangunkan kemahiran yang diperlukan bagi pekerjaan masa depan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >