Gua simpanan bawah tanah yang pertama di S'pura dirasmi

SELEPAS membinanya selama lapan tahun, gua simpanan bawah tanah bagi hasil minyak dan petrokimia di Singapura yang pertama di Asia Tenggara, Jurong Rock Cavern (JRC), dirasmikan di Pulau Jurong tadi.

Merasmikan kemudahan bernilai $950 juta itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong berkata pembinaan gua simpanan itu mencerminkan semangat inovasi untuk memikir di luar kotak bagi menangani cabaran tanah yang terhad di negara ini.

Gua simpanan itu, yang boleh menjimatkan ruang tanah seluas 60 hektar, akan digunakan bagi kegiatan nilai tambah yang penting bagi ekonomi Singapura seperti pengilangan petrokimia untuk menjana pekerjaan-pekerjaan yang baik bagi rakyat Singapura.

"JRC menunjukkan kami amat bersungguh-sungguh untuk membangunkan industri petrokimia di sini di sebalik tanah yang terhad dan potensi dari kesan bagi perjanjian bagi Rangka Kerja Perubahan Konvensyen Perubahan Cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pengeluaran karbon yang sedang dirundingkan oleh negara-negara di dunia.

"Ini kerana industri itu menjana pekerjaan yang baik bagi rakyat Singapura dan memberi sumbangan besar kepada ekonomi,'' ujar PM Lee, sambil menyatakan industri kimia menyumbang satu pertiga dari keluaran pengilangan.

"JRC mencerminkan bahawa kita harus sentiasa berfikir di luar kotak, berani menangani cabaran, gigih melaksanakannya agar kita dapat mewujudkan ruang baru bagi kita secara fizikal dan metafora,'' tambahnya.

Dengan kepakaran diperolehi hasil membangunkan projek yang mencabar itu, PM Lee berkata ia membuka peluang bagi pembangunan yang lain. Antaranya, JTC Corporation sedang meneroka untuk membangunkan bandar sains bawah tanah, kemudahan logistik dan gudang bawah tanah serta potensi membangunkan gua bawah tanah berdekatan Taman CleanTech bersebelahan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Terletak 150 meter di bawah tanah Banyan Basin di Pulau Jurong, JRC mempunyai sembilan tingkat gua bawah tanah yang boleh menyimpan 1.47 juta cm3 cecair hidrokarbon seperti minyak mentah dan bahan gas asli - serupa 600 kolam renang bersaiz Olimpik.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.