HANYA 14 peratus daripada syarikat kecil dan sederhana (SME) setempat merancang meluaskan perniagaan ke luar negara, sementara hampir separuh tidak berminat berbuat demikian, kata satu tinjauan.
Menurut laporan The Business Times, tinjauan oleh QBE Insurance ke atas lebih 400 syarikat menunjukkan yang 45 peratus tidak akan meneroka peluasan ke pasaran asing manakala perangkaan itu meningkat kepada 56 peratus di kalangan SME lebih kecil.